Selasa, 14 Julai 2009

BN Menang




Wakil Rakyat Baru Manik Urai


Keputusan Pilihanraya Kecil di Manik Urai terang-terang mengambarkan keadaan perubahan pemikiran rakyat sekarang. Apa yang jelas sekarang pengundi melayu sudah mula memahami apa pendirian UMNO bagi memperjuangkan hak orang melayu dan islam. Dan apa pula pendirian PAS dalam memperjuangkan hak orang melayu dan Islam itu sendiri.






Pada saya sikap Nik Aziz yang menolak kerajaan perpaduan dan menolak perpaduan orang melayu telah membuat pengundi sudah mula kurang yakin kepada perjuangan PAS bagi membila orang Melayu di Tanah Melayu ini. Mereka merasakan bahawa perjuangan PAS sekarang hanya sekadar mahu berkuasa walau pun terpaksa mengadai kepentingan orang Melayu itu sendiri.





Peristiwa di Kedah dimana DAP keluar dari pakatan adalah satu sendiwara yang di cipta oleh pembangkang bagi mengambarkan kononnya PAS memperjuangkan hak dan kepentingan Islam dan orang Melayu. Diharapkan agar pengundi di Manik Urai boleh menyokong PAS. malangnya apa yg dijangkakan tidak berlaku.





UMNO mendapat pertambahan undi yang begitu banyak sekali. Hampir 900 orang pengundi telah bertambah kepada UMNO jika dibandingkan dengan keputusan PRU12 dahulu. Manakala PAS mengalami kemerosotan undi sebanyak lebih kurang 400 undi. Bukan sikit sebenarnya 400 undi itu. Dan apa yg mengembirakan ialah UMNO sudah mula mendapat sambutan dari kalangan pengundi muda.





Mungkin dasar ketebukaan PM kita yang baru dan juga keperhatinan beliau dalam menyelesaikan masaalah rakyat membuatkan rakyat sudah pula yakin kepada perjuangan UMNO. Semoga ia akan berkekalan sepanjang masa.





Kepada penyokong PAS janganlah terlalu angkoh dan sombong. Korbankanlah sedikit persahabatan yang akrab antara DAP dan Parti Yang memeperjuangkan Anuar Ibrahim itu, demi kesejahteraan orang Melayu di Tanah Melayu ini





Semoga kita semua mendapat munafaatnya .