Jumaat, 12 Februari 2010

hadiah tahun baru china untuk Anuar Ibrahim


Anuar Ibrahim nampaknya terpaksa di bantu oleh rakan-rakan nya dari orang mat salleh untuk melepaskan dia dari tuduhan kes lewat. Org mat salleh ni sebenarnya tak kisah sangat gejala macam tu. Sebab pada mereka ini kebebasan individu. Tapi masyarakat kita terutama orang melayu dan beragama islam ini pekara besar.
Nampaknya orang Australia 50 orang ni cakap tak serupa bikin, macam orang yang di belanya juga. Kalau Anuar Ibrahim buat salah pun kira tak boleh di bicarakan. Sebab dia ketua pembangkang, jadi semua pekara dia buat betul belaka. Kalau dia buat pekara tak betul kira tak boleh didakwa sebab dia ketua pembangkang, bagi mereka mungkin betul tapi bagi orang di Malaysia angapan begitu tidak betul. Apa-apa pun tunggulah mahkamah yang akan menentukannya. Tak yah nak campurlah urusan dalaman Malaysia ni wahai 50 oarang ahli parlimen Austalia

Selasa, 14 Julai 2009

BN Menang




Wakil Rakyat Baru Manik Urai


Keputusan Pilihanraya Kecil di Manik Urai terang-terang mengambarkan keadaan perubahan pemikiran rakyat sekarang. Apa yang jelas sekarang pengundi melayu sudah mula memahami apa pendirian UMNO bagi memperjuangkan hak orang melayu dan islam. Dan apa pula pendirian PAS dalam memperjuangkan hak orang melayu dan Islam itu sendiri.






Pada saya sikap Nik Aziz yang menolak kerajaan perpaduan dan menolak perpaduan orang melayu telah membuat pengundi sudah mula kurang yakin kepada perjuangan PAS bagi membila orang Melayu di Tanah Melayu ini. Mereka merasakan bahawa perjuangan PAS sekarang hanya sekadar mahu berkuasa walau pun terpaksa mengadai kepentingan orang Melayu itu sendiri.





Peristiwa di Kedah dimana DAP keluar dari pakatan adalah satu sendiwara yang di cipta oleh pembangkang bagi mengambarkan kononnya PAS memperjuangkan hak dan kepentingan Islam dan orang Melayu. Diharapkan agar pengundi di Manik Urai boleh menyokong PAS. malangnya apa yg dijangkakan tidak berlaku.





UMNO mendapat pertambahan undi yang begitu banyak sekali. Hampir 900 orang pengundi telah bertambah kepada UMNO jika dibandingkan dengan keputusan PRU12 dahulu. Manakala PAS mengalami kemerosotan undi sebanyak lebih kurang 400 undi. Bukan sikit sebenarnya 400 undi itu. Dan apa yg mengembirakan ialah UMNO sudah mula mendapat sambutan dari kalangan pengundi muda.





Mungkin dasar ketebukaan PM kita yang baru dan juga keperhatinan beliau dalam menyelesaikan masaalah rakyat membuatkan rakyat sudah pula yakin kepada perjuangan UMNO. Semoga ia akan berkekalan sepanjang masa.





Kepada penyokong PAS janganlah terlalu angkoh dan sombong. Korbankanlah sedikit persahabatan yang akrab antara DAP dan Parti Yang memeperjuangkan Anuar Ibrahim itu, demi kesejahteraan orang Melayu di Tanah Melayu ini





Semoga kita semua mendapat munafaatnya .

Isnin, 22 Jun 2009

PAKATAN TOLAK
Gambar yang dipaparkan dari Sinar Harian 23. Jun 2009. Dua pemimpin parti nampak riang tapi muka pemimpin parti yg ditengah nampak sugul sangat. KENAPA YA?
Agaknya ada yang tak menyenangkan dalam pertemuan itu kot?.... yalah kita mana tahu, mungkin Pas kata kami kuat, kenapa kami tak memimpin PAKATAN..... DAP kata mungkin kata parti kami kuat di kalangan orang bukan melayu. Kenapa pemimpin kami tak jadi pemimpin Pakatan. Atau mungkin
Persetujuan dan capai tapi tak didedahkan...agaknya begini persetujuan nya:... PAS AKAN MENERAJUI PAKATAN BILA DAH DAPAT MEMERINTAH NANTI. itu kemungkinan saja tak semestinya betul kan. Itu lah agaknya yang menyebabkan DSAI nampak sugul sangat.
Kesian dia kan?
Itulah akibatnya menumpang kekuatan parti lain

Khamis, 5 Mac 2009

HAI....2

lambat sikit nak buat blog ni sebab otak pun dah agak beku sikit. maklumlah , dulu masa saya sekolah dulu tak jumpa komputer.

Jadi kecepatan saya menulis dan mencipta, apa-apa dalam blog ini mungkin tak sempurna.

Kepada yang dah pakar dan orang-orang muda jangan ketawakan saya ya. maklumlah dah tua.

HAI..1

Buat permulaan ini saya ucapkan slama perkenalan kepada semua pembaca sekelian. Semoga dengan blog ini kita dapat bertukar pandangan dan pendapat antara kita.

Segala apa yang dipaparkan didalam blog ini adalah atas pemerhatian, penilain dan pandanga kita sendiri secara ikhlas.

Seberapa boleh yang mungkin apa yang di uatarakan disini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti dan contoh yang ada.

Sekian Terima Kasih